Baru baru ini bertempat di Speaker’s Square, Padang Kota satu rapat umum anjuran Persatuan Muka Buku Pulau Pinang telah diadakan bagi membantah penghinaan terbuka Sam Bacile penerbit filem “Innocence of Muslim” yang ditayangkan melalui Youtube.
Filem yang terang terang menghina Nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan orang Islam itu telah mendapat kecaman hebat dari seluruh masyarakat Islam dari segenap pelusuk dunia.
Di perhimpunan itu juga beberapa NGO Melayu dari sekitar Pulau Pinang diantaranya Perkasa dan Pekida juga turut sama sama menyertai rapat umum tersebut.
Video by Imran Hilmy Citizen Journalist.