Kereta milik seorang wartawan rakyat (Citizen Journalist) telah disimbah asid di Pengerang pada awal pagi ini.
Azizan Yunos adalah seorang wartawan rakyat bawah agensi berita portal internet Malaysiakini, berasa terkejut apabila mendapati kereta Perodua Kancilnya berwarna biru disimbah asid di bahagian bumbung, pintu kereta kiri dan cermin.
Kereta miliknya yang diantara dua buah kereta yang telah menjadi sasaran insiden simbah asid pada awal pagi ini.
Walaubagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup jirannya menunjukkan imej seorang individu melemparkan empat bungkusan yang berisi cecair yang dipercayai asid dibaling daripada sebuah kereta jenis Proton Waja.
Azizan bersama rakan-rakan wartawan rakyat berada di Pengerang untuk membuat liputan rapat umum “Himpunan Lestari Hijau” anjuran badan badan bukan kerajaan yang membantah projek pembinaan petrokimia di kawasan itu.
Menurut peguam Hassan Abdul Karim, yang menemani Azizan untuk membuat laporan polis di Pejabat Polis Sungai Rengit berkata, perbuatan khianat seperti ini harus ditegah oleh semua pihak kerana ia seolah seolah mensasarkan wartawan yang hanya datang menjalankan tugasnya untuk membuat liputan berita.
Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat turut turun padang untuk memberi sokongan padu kepada Himpunan Lestari Hijau pagi tadi.
Sebelum ini, terdapat juga pemimpin Pakatan Rakyat yang melaporkan insiden bas penyokong Pakatan Rakyat disimbah cat.