Perwakilan pelajar UIA kecewa dengan penggantungan Aziz Bari

Perwakilan pelajar UIA kecewa dengan penggantungan Aziz Bari

Kami Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa, begitu kecewa dengan isu penggantungan Prof Aziz Bari.

Oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa

Kami Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa,begitu kecewa dengan isu penggantungan Prof Aziz Bari, Pakar Perlembagaan juga merupakan Pensyarah Undang-undang Perlembagaan di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Taman Ilmu dan Budi ini.

Kami mewakili seluruh mahasiswa UIAM mendesak penggantungan beliau dibatalkan atas beberapa rasional wajar menjadi pertimbangan pihak pentadbiran UIAM. Sebagai mahasiswa yang menjunjung misi UIAM, “triple ICE”iaitu, Islamisasi,Internalisasi, Integrasi  dan Kecemerlangan Menyeluruh di dalam semua lapangan,kami menyakini budaya intelektualisme dan ilmu sangat menjadi agenda yang dititik beratkan dan menjadi keutamaan seluruh warga Taman Ilmu dan Budi ini untuk diperjuangkan.

Penggantungan beliau jelas menafikan hak bersuara yang terjamin di dalam perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip kebebasan akademik yang termaktub dalam kebebasan bersuara. Hak untuk perbincangan, perbahasan intelektual, dan artikulasi adalah satu bahagian yang dititik beratkan di dalam pembangunan dan kecemerlangan akademik.

Penggantungan ini juga jelas terang-terangan bertentangan* dengan prinsip ‘Al-Hurriah’ yakni kebebasan dalam Islam. Setiap individu Muslim,berhak bersuara untuk menyampaikan kebenaran apatah lagi bagi seorang sarjana dan pakar perlembagaan seperti beliau.

Penggantungan jelas membunuh pembangunan pemikiran, perbincangan yang bersifat mendalam,kritikal dan analitikal di mana budaya ini sangat perlu dibangunkan untuk mengembalikan prestasi universiti di Malaysia sebagai institusi percambahan ilmu yang cemerlang.

See also  BookXcess launches innovative 1-for-1 book donation drive

Kita sedia maklum, begitu banyak kajian dan penyelidikan yang dijalankan Prof Aziz Bari menjadi rujukan perundangan di Malaysia. Malah setiap makalah atau jurnal yang dihasilkan sangat menitik beratkan  intelektualisme dan dapatan kajian yang bersifat
akademik.

Kedua, undang-undang universiti dan sistem kehakiman universiti yang dilihat mematikan pembangunan intelektualisma. Walaupun UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU,tetapi Peraturan Universiti ini  jelas merupakan “SALINAN KEDUA” bagi AUKU kerana terdapat beberapa bahagian atau perkara yang jelas menutup ruang kebebasan akademik bagi akademia.

Selain itu,  saya merasakan penggantungan di saat proses inkuiri masih berjalan adalah jelas tidak wajar.Belum terdapat apa-apa pembuktian bahawa beliau bersalah.Menyekat beliau menghadiri kuliah,serta menggantung tugas dalam proses siasatan memberi kesan kepada proses pelajaran dan pembelajaran bagi pelajar jurusan

undang-undang yang mengambil subjek beliau.

Ketiga, kami kira wajar UIAM memberi kredit kepada sumbangan Prof Aziz Bari,selaku individu dan akademia yang sangat besar sumbangannya di dalam bidang perundangan dan universiti tercinta ini. Beliau merupakan pensyarah paling lama bertugas di UIAM menjangkau 22 tahun yang begitu banyak melahirkan ramai graduan berwibawa dalam jurusan perundangan.

Justeru, sudah tiba masanya UIAM memelihara dan mempertahankan institusi pengajian ini sebagai “zon bebas bersuara” yang meletakkan prinsip kebebasan akademik,kemasyarakatan, keadilan sejagat,dan keagaamaan sebagai teras yang harus diperjuangkan.

See also  WOU celebrates the success of 805 graduates at 2024 Convocation

Mewakili mahasiswa UIAM,kami dengan ini membentangkan beberapa tuntutan dan gesaan kepada pihak pentadbiran UIAM dan Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia untuk tindakan segera :

1)     Membatalkan serta merta penggantungan Prof Aziz Bari

2)     Mengembalikan kebebasan akademik dalam sistem pendidikan di malaysia

3)     Melakukan transformasi dalam sistem kehakiman universiti, tuntutan ini adalah termasuk:

i)meminda atau memansuhkan mana-mana perkara yang termaktub di dalam peraturan dan undang-undang  (IIUM Rules & Regulations) yang jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak dan kebebasan yang dipertahankan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii)meminda prosedur prosiding dan tindakan disiplin dalam mahkamah universiti yang jelas mencabul hak individu merangkumi (rujuk IIUM Staff Rules & Regulations 2005)

a)hak untuk diwakili di dalam perbicaraan

b)hakim prosiding wajib merupakan pihak ketiga yang neutral,bukan merupakan pihak universiti  yang mendakwa.

c)hak dibicarakan secara terbuka

Justeru,kami seluruh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa akan terus komited memperjuangkan isu ini sehingga selesai.Akhir kalam,besarlah harapan kami agar UIAM benar-benar menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang menjunjung budaya keilmuan dan demokrasi serta menjadi universiti contoh dalam membangunkan generasi intelek dan berani menyatakan kebenaran,serta menjadi rujukan sebagai sebuah istitusi pendidikan yang membangun demokrasi terpimpin dalam kaca mata Islam.