Tarian singa gegar Kota Kinabalu

Tarian singa gegar Kota Kinabalu

Pertandingan tarian singa dunia gunung Kinabalu julung kali telah berlangsung dengan gemilang semalam di Kompleks Sukan Likas.

Pertandingan tarian singa dunia gunung Kinabalu julung kali telah berlangsung dengan gemilang semalam di Kompleks Sukan Likas.

Pertandingan yang telah menampilkan pasukan ternama dan pemegang gelaran juaran dunia, Kun Sen Keng Lion Dragon Dance dari Muar, Johor.

11 pasukan iaitu 3 dari China, 2 dari Indonesia, 1 dari Thailand, 1 dari Brunei, 2 dari Hongkong dan 3 pasukan dari Malaysia telah bersaing dalam acara satu hari tersebut.

Malaysia telah diwakili oleh Kun Seng Kung Lion Dance Troupe dari Muar, Khuan Loke Lion Dance Troupe dari Selangor dan Yick Nam Lion Dance Troupe dari Sabah.

Pasukan-pasukan yang bertanding telah mempersembahkan kemahiran sukan, kesenian dan koreografi yang jitu dalam pertandingan ini.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

Para penonton juga telah dihiburkan oleh pasukan wanita dari China yang telah memenangi gelaran dunia sebanyak 5 kali sejak tahun 2005.

Jeffery George