“Kami kecewa dengan tindakan NUBE yang menghebahkan perkara ini secara umum melalui media massa.”
Begitulah reaksi pegawai komunikasi, Alliance Bank Malaysia Berhad melalui emel yang dihantar kepada Citizen Journalists Malaysia (CJMY) baru baru ini dalam menangani laporan NUBE tentang aduan bahawa pihak Alliance Bank yang tidak menyediakan kemudahan solat (tempat sembahyang) yang sempurna kepada pekerjanya yang beragama Islam di seluruh cawangan cawanganya di Malaysia.
Satu aduan telah dibuat di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang berikutan tentang bagaimana pekerja pekerja Islam di cawangan Alliance Bank seluruh negara tidak disediakan kemudahan solat (tempat sembahyang) yang sempurna.
NUBE atau dengan nama penuhnya Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank telah bertindak membuat laporan terhadap Alliance bank atas rasa tanggungjawab mereka yang membela kebajikan pekerja pekerja bank tempatan di seluruh negara.
Agnes Ong pegawai komunikasi bank tersebut dalam responnya melalui emel kepada CJMY juga berasa tindakan NUBE membawa hal ini ke pihak umum tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya perlu terus ke pihak bank terlebih dahulu untuk membincangkan perkara tersebut.
Adalah amat malang sekali perkara ini boleh dibawa ke meja rundingan terlebih dahulu sebelum diketengahkan kepada umum.
Pihak bank juga menurut Ong, sedang dalam proses menerangkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa agama di Pulau Pinang.
Dalam pada itu juga pihak bank telah mengambil langkah yang sepatutnya dalam menyediakan kemudahan solat yang lebih sempurna untuk kemudahan pekerja pekerja Islam mereka di seluruh cawangannya di Malaysia.
Buat masa ini pihak bank sedang mengkaji respon yang diberikan pekerja pekerjanya tentang bagaimana persekitaran tempat bekerja boleh diperbaiki lagi demi keselesaaan mereka dalam memberi khidmat yang lebih berkualiti dan produktif.