BCC sasar jual 10,000 unit ‘telefon paling lasak di dunia’

BCC sasar jual 10,000 unit ‘telefon paling lasak di dunia’

BCC Technology Sdn Bhd menyasar untuk menjual 10,000 unit telefon XP5300 Force 3G dalam negara sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Hafidz Win.

BCC Technology Sdn Bhd menyasar untuk menjual 10,000 unit telefon XP5300 Force 3G dalam negara sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Hafidz Win.

Beliau berkata telefon berkenaan boleh didapati di seluruh negara menjelang akhir bulan ini melalui pengedarnya serta rangkaian pengedar sedia syarikat telekomunikasi utama.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kami akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi menawarkan telefon baru melalui sistem pakej,” kata beliau kepada pemberita pada majlis pelancaran XP5300 Force 3G, di sini hari ini. Abdul Hafidz berkata syarikat dilantik sebagai pengimport dan pengedar tunggal bagi pasaran Malaysia oleh Sonim Technologies, penyedia XP5300 Force 3G.

Beliau berkata telefon berkenaan boleh dibeli pada harga RM1,999 dan sebagai permulaan, boleh didapati melalui Global Advance System (GAS), syarikat yang dilantik BCC untuk mengedar dan memasar produk Sonim.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

“Kami akan mempunyai pengedar di semua bandar raya utama di Malaysia berikutan pelancaran ini,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata XP5300 Force 3G sesuai untuk penggunaan lasak dan untuk mereka yang memerlukan telefon yang kuat terutama yang kalis air dan hentakan serta bateri dengan hayat panjang.

– Bernama