Wartawan Komunitikini berkesempatan menemubual dan mendengar serba sedikit pengalaman Anthony Thanasayan sepanjang tiga tahun menjadi ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Selain itu, Anthony yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan Pengerusi Persatuan Terapi Bantuan Haiwan untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas (Petpositive).
Dalam ruang kali ini, beliau mengupas lebih lanjut pelbagai isu khususnya binatang peliharaan kucing yang dibiarkan tanpa penjagaan di sebuah pusat penjagaan binatang kebelakangan ini.