Luahan hati penduduk Kampung Baru

Luahan hati penduduk Kampung Baru

Rata-rata penduduk Kampung Baru menyuarakan pandangan mereka mengenai Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 baru dibentangkan di parlimen.

Rata-rata penduduk Kampung Baru menyuarakan pandangan mereka mengenai Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 baru dibentangkan di parlimen.

Ikuti luahan hati mereka ketika ditemui wartawan Komunitikini baru-baru ini.

Bekas pesara Baki Hussin, 78, memberitahu tidak adil sekiranya pembinaan dilaksanakan selepas itu penduduk terpaksa bayar dan akhirnya menggadaikan tanah mereka.

“Kalau kena dengan nilai bayaran, saya ambillah, tapi kalau tak kena dengan nilai bayaran janganlah, mereka  kata 100 peratus setuju pembangunan dilaksanakan di Kampung Baru, tetapi saya rasa tak ramai yang setuju,” katanya.

Malah, beliau menentang sekiranya Kampung Baru dibangunkan, 30 atau 20 peratus hak milik diberi kepada warga asing.

“Saya bukannya membantah pembangunan Kampung Baru dilaksana cuma mahu hak melayu dijaga.

“Kalau (bangsa) Cina ada Little China, India ada Little India, mengapa tiada Little Melayu, mana yang kita panggil tanah melayu, kita berkawan dengan semua kaum,” ujarnya.

Bagi, peniaga kecil-kecilan, Anisah Hamidah, 40 berkata tiada masalah untuk menerima perbadanan kampung baru misal kata ianya menguntungkan penduduk.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

Beliau merupakan generasi keempat menolak sekiranya perbadanan membebankan dan menafikan hak penduduk.

“Penubuhan itu untuk apa, pengambilalihan kuasa atau menafikan hak sebagai penduduk, kita tolak.

“Kalau betul hak kita tidak dinafikan, hari ini juga kita boleh beri geran, tetapi apa tujuan sebenarnya,” tegasnya.

Ditanya sama ada kakitangan kerajaan dan NGO datang membuat kaji selidik, Anisah berkata setakat ini tiada.

“Apa yang saya tengok setakat ini perjumpaan beramai-ramai majlis dan ceramah sahaja, lebih baik pergi rumah ke rumah dengar lebih lanjut pandangan penduduk,” katanya.

Bagi peniaga songkok, Zulkifli Zainal Abidin, 34, berkata setakat ini belum mendengar kedai disewanya akan dirobohkan atau tidak.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperolehi daripada tuan tanah, setakat ini belum pasti lagi.

“Kalau dirobohkan dan dipindahkan harap kerajaan berikan tapak kedai kepada kami sebagai penyewa,” katanya.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Sementara itu, Zawriyah Mat Ninggal, 76, merupakan generasi kedua tetap dengan pendiriannya tidak mahu berpindah daripada rumahnya.

Menurutnya, buat apa beliau hendak pindah kerana ini adalah harta pencariannya sendiri tanpa bantuan kerajaan.

“Kalau nak bangunkan rumah atau kawasan lain, bangunkanlah tapi kalau dah macam ni (rumah), takkan nak robohkan rumah, ini nak robohkan rumah melayu, melayu tipu melayu namanya,” tegasnya.

Zawriyah turut memberitahu beliau mula menetap Kampung Baru sejak umurnya berusia 7 bulan.

“Masa perang Jepun nenek ada, masa rusuhan kaum tercetus 13 Mei pun nenek masa itu umur nenek 7 tahun,” katanya mengimbau kembali kenangan.

“Sepatutnya tanya setiap penduduk kat sini nak pindah ke tak, siap yang nak boleh bagi pampasan, nenek tak nak pindah.

“Kalau nak kasi duit pun nenek tak nak, kalau kerajaan nak tangkap nenek masuk dalam ISA, tangkaplah, nenek tak takut,” tegasnya.