MPK sasar kecemerlangan 2015

MPK sasar kecemerlangan 2015

Ini semua dapat dicapai jika semua pegawai dan kakitangan mengamalkan apa yang telah ditetapkan dengan meningkatkan keupayaan di jabatan masing-masing dan keprihatinan dalam menjalankan tugas, Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri.

Kerjasama berpasukan dengan memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa menjadi teras Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata  pihak berkuasa tempatan itu mensasarkan 2015 sebagai tahun kecemerlangan majlis dan semua jabatan kini sedang bekerja keras bagi memastikan matlamat itu tercapai.

Selain itu, menurutnya, majlis juga memperkasakan tadbir urus organisasi dan menerapkan nilai positif di kalangan kakitangan ke arah kecemerlangan.

“ Hakikatnya kami bekerja dengan penuh komited dengan memantapkan perkhidmatan yang diberi sejajar dengan hasrat untuk menjadikan PBT sebagai organisasi berjaya dan Klang sebagai bandar cemerlang dalam masa tiga tahun lagi.

See also  APU rises to Top 4 in ASEAN Private University Rankings

“Ini semua dapat dicapai jika semua pegawai dan kakitangan mengamalkan apa yang telah ditetapkan dengan meningkatkan keupayaan di jabatan masing-masing dan keprihatinan dalam menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Bulanan,Pelancaran Logo Selangorku, Sambutan Bulan Inovasi Dan Kualiti 2011 di Dewan Hamzah, Klang semalam.

Hadir sama ahli majlis, ketua jabatan, kakitangan majlis serta tetamu jemputan yang lain.

Mengulas lanjut, Ikhsan berkata setiap kakitangan perlu memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin kerana selain tugasan,ianya juga merupakan ibadah buat mereka.

“Setiap jabatan mempunyai fungsi yang kian mencabar dalam mendepani pelbagai skop kerja melibatkan kepakaran masing-masing dan setiap kakitangan perlu bersedia dengan ilmu serta pengetahuan bagi tujuan itu,” katanya.

See also  AI-powered supercomputers to drive future-ready universities