Graduan Kolej Komuniti berpeluang lanjut pelajaran di UTeM

Graduan Kolej Komuniti berpeluang lanjut pelajaran di UTeM

Graduan Kolej Komuniti akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM).

Graduan Kolej Komuniti akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM).

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan UTeM kini dalam perbincangan menjalin kerjasama agar graduan kolej tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni jabatan itu Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli berkata usaha tersebut dilihat sebagai platform dan ruang bagi graduan kolej komuniti meningkatkan kualiti
pendidikan.

” Kita berharap melalui perjanjian yang bakal dilaksanakan ini graduan kolej komuniti dapat terus menimba ilmu ke peringkat universiti dan bukannya terhenti di peringkat sijil sahaja,” katanya semasa majlis penutup Program Kebolehpasaran Graduan 2011 di Inkubator K-Ekonomi, di Ayer Keroh, di sini hari ini.

See also  World Vision mobilises urgent relief for flood-hit Nepal families

Katanya pelbagai usaha telah dilakukan dalam melahirkan graduan kolej komuniti yang berdaya saing dan mempunyai kualiti seperti graduan universiti yang lain.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata pihaknya juga dalam proses perbincangan untuk menjalin kerjasama dengan Bahagian K-Ekonomi Negeri Melaka untuk menyediakan tempat latihan industri dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kolej tersebut.

Pada majlis itu, Wan Izni Rashiddi turut melancarkan Laman Sesawang Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni JPKK yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

” Usaha ini diharap dapat melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri selaras dengan matlamat kita serta meningkatkan penglibatan industri dalam melatih dan menempatkan graduan kolej komuniti.” katanya.

Menurutnya berdasarkan kajian pengesanan graduan yang dilakukan terdapat peningkatan peratusan kadar pengangguran kolej tersebut disebabkan pertambahan kemasukan pelajar setiap tahun,” katanya.

See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

Seramai 11 pelajar Kolej Komuniti Jasin dan Bandar Penawar, Johor menerima sijil Pentauliahan Program Kebolehpasaran Graduan setelah berjaya menghasilkan laman sesawang Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni jabatan itu.

Program selama dua bulan tersebut dibimbing oleh Syarikat AMTIS Solution Sdn Bhd dengan kerjasama bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka.

– Bernama