Penduduk Kampung Temenggong ditawarkan rumah mampu milik

Penduduk Kampung Temenggong ditawarkan rumah mampu milik

Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri, Iskandar Samad berkata tawaran ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu, Kerajaan Selangor memberi tawaran kepada penduduk rumah mampu milik berharga antara RM90,000 hingga RM120,000 dengan bayaran harga rumah kos rendah RM42,000.

 

Kira-kira 29 penduduk Kampung Seri Temenggong, Selayang boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Selangor bercadang untuk membina  rumah mampu milik  di atas kawasan tapak perumahan setinggan tersebut.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata tawaran ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu, kerajaan Selangor memberi tawaran kepada penduduk rumah mampu milik berharga antara RM90,000 hingga          RM120,000 dengan membayar harga rumah kos rendah RM42,000.

“Rata-rata penduduk bersetuju cuma mereka ingin mengetahui terma dan syarat, kita menjangkakan sebanyak 450 rumah mampu milik boleh dibina atas tapak tersebut untuk  rakyat,” katanya kepada Komunitikini selepas sesi dialog bersama penduduk di Kampung Laksamana, lewat malam tadi.

Difahamkan, sebanyak 166 penduduk menetap lebih 20 tahun lalu diarahkan berpindah dan ditawarkan rumah kos rendah dengan harga RM35,000 dibawah kerajaan Barisan Nasional.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Namun, hanya 29 penduduk membantah keputusan tersebut.

Mengulas lanjut program rumah mampu milik, beliau berkata ianya adalah sebahagian daripada 2,000 rumah mampu milik yang akan dilancarkan pada Mac tahun hadapan di seluruh Selangor.

Tambahnya, setakat ini Kerajaan Selangor membina sebanyak 124 rumah mampu milik di Bangi,” katanya.

Ditanya tempoh kerja pembinaan dimulakan, Iskandar berkata kerajaan negeri sedang meneliti dua kertas cadangan daripada pihak pemaju sebelum membuat keputusan melaksanakan projek perumahan tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri menjangkakan selewat-lewatnya kerja pembinaan dimulakan sebelum akhir November ini.

“Kita memang nak cepat bina rumah mampu milik, sedang memperhalusi kertas cadangan secepat mungkin dan terus kita akan beri surat tawaran perjanjian kepada penduduk,” katanya.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Mengulas lanjut semasa sesi dialog, Iskandar berkata, beliau telah berbincang dan cuba menyelesaikan beberapa masalah dihadapi penduduk.

Menurutnya, antara persoalan dibangkitkan penduduk adakah mereka akan membayar sewa jika rumah mereka siap, adakah mereka akan diberi saguhati perpindahan.

“Selain itu adakah mereka layak mendapat pinjaman kerana memandangkan kebanyakan mereka sudah berusia dan tidak berpendapatan tetap.

“Saya akan meminta kepada ketua kampung membuat bancian terperinci berapa ramai warga emas dan penduduk tidak mempunyai pendapatan tetap supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.