Bekas Adun sertai PKR di Kudat

KUDAT – Datu Abdul Salam Datu Harun mengumumkan penyertaan beliau di hadapan kira-kira 10,000 orang.

Seorang lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kudat pada Ahad baru-baru ini.

Datu Abdul Salam Datu Harun mengumumkan penyertaan beliau di hadapan kira-kira  10,000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah ketua umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, yang merupakan bekas Adun Bengkoka pada era Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan mempunyai tali persaudaraan dengan Tun Datu Mustapha, bertindak memasuki PKR kerana merasakan hak-hak Sabah masih dinafikan oleh kerajaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Sebelum ini, beberapa ahli politik seperti Datuk Kalakau Untol, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datu Seri Lajim Ukin, Tan Sri Menudin Othman dan Datuk Yahya Lampong telah bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan mereka untuk pembangkang.

 

Gary Louis Supi