Seorang warga Indonesia terbunuh manakala rakannya cedera parah akibat terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja
mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan, Melaka, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata pekerja itu dikenali sebagai Tasmikin, 24, manakala yang cedera parah dikenali sebagai Sutrisno, 34.
“Dalam kejadian pada 10 pagi tadi, kedua-duanya sedang mengecat dinding bangunan sebuah bank di kompleks itu apabila tiang kren patah menyebabkan mereka jatuh ke kaki lima,” katanya.
– Bernama