Remaja maut ditetak dengan parang

Remaja maut ditetak dengan parang

Seorang remaja maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perusahaan Menglembu di Ipoh malam tadi, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Dzuraidi Ibrahim.

Seorang remaja maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perusahaan Menglembu di Ipoh malam tadi, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Dzuraidi Ibrahim.

Beliau berkata mangsa K.Pirathibaraj, 19, berasal dari Taman Buntung meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat buah motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.

Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Motif kejadian belum diketahui dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya sambil menambah bahawa siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai kes jenayah sebelum ini.

Polis melancarkan gerakan memburu kumpulan berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan, katanya.

– Bernama