Taman Seratus jadi pilihan warga Klang beriadah

Taman Seratus jadi pilihan warga Klang beriadah

Kedudukannya di pinggir bandar menjadikan Taman Seratus sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah terutama pada waktu petang di sini.

Kedudukannya di pinggir bandar menjadikan Taman Seratus sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah terutama pada waktu petang di sini.

Pengunjung,Azhar Mat Sarip,39,berkata, Taman Seratus sering menjadi pilihan beliau sekeluarga kerana pelbagai kemudahan disediakan terutama untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti senaman dan berehat bersama anak-anak.

Menurutnya,selain kemudahan,taman itu juga mempunyai alatan permainan yang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur selain pemandangan yang cantik terutama pada waktu petang.

“Warga Klang perlu memanfaatkan kewujudan taman ini kerana ia merupakan antara taman yang terawal wujud di Bandar Di Raja dan kedudukannya juga strategik iaitu di pinggir bandar.

“Malah kebersihannya juga terjaga melalui usaha-usaha yang dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam memastikan keceriaan dan keindahan taman terus dipelihara di sini”katanya.

See also  Stemcell First revolutionises cancer care and prevention

Sementara itu,Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK,Norfiza Mahfiz menjelaskan,Taman Seratus merupakan antara taman rekreasi yang popular selain daripada Taman Rakyat,Taman Bandar Di Raja dan Tugu Keris di situ.

Menurutnya,majlis sentiasa meningkatkan keceriaan dan tahap kebersihan di setiap taman rekreasi bagi memastikan pengunjung menikmati keselesaan apabila berkunjung ke tempat berkenaan.