Konsultasi kebangsaan Suhakam ke Pulau Pinang, 26 Sept

Konsultasi kebangsaan Suhakam ke Pulau Pinang, 26 Sept

Kenyataan: ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama sokongan oleh Kedutaan Finland akan menganjurkan satu sesi rundingan umum kebangsaan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 yang bertajuk “SUHAKAM After 10 Years: A Review of Human Rights in Malaysia”.


Sukacita dimaklumkan bahawa ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama sokongan oleh Kedutaan Finland akan menganjurkan satu sesi rundingan umum kebangsaan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 yang bertajuk “SUHAKAM After 10 Years: A Review of Human Rights in Malaysia”.

Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan ini serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan memberikan pandangan terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani
isu-isu hak asasi manusia yang berbangkit serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak –hak ini sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan program ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh: 26hb September 2011
Masa: 2.00pm – 5.30 pm
Tempat: Hotel Bayview, Georgetown, Penang

Kami mengalu-alukan wakil dari setiap organisasi/firma/agensi dan tiada sebarang yuran dikenakan. Penyertaan pihak tuan/puan amatlah penting bagi kejayaan program ini mencapai objektifnya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ravin Karunanidhi di +603–7876 4648 atau +603 7877 4741 atau emel ke [email protected]. Pihak tuan/puan diminta untuk mengesahkan kehadiran sebelum 22 September 2011.