Pengguna bekalan air bersih di beberapa kawasan di sini akan mengalami gangguan bekalan air mulai 9 pagi hingga 5
petang, Selasa ini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata ini berikutan kerja-kerja pemasangan paip utama di loji air di situ pada hari berkenaan.
Katanya antara kawasan yang turut terlibat ialah Wakaf Che Yeh, Pintu Geng, Pendek, Mulong, Kedai Piah, Salor, Kampung Seberang Pasir Mas, Bendang Paku, Aur Duri dan kampung-kampung sekitar Pintu Geng.
“Operasi Loji Rawatan Air Pintu Geng dijangka tergendala buat sementara untuk kerja-kerja penyambungan paip utama,” katanya semalam.
Katanya sebarang pertanyaan berhubung perkara itu boleh menghubungi pihaknya di talian 1300-88-2572.
– Bernama