JKM Kota Setar cari waris dua bayi yang ditinggalkan

JKM Kota Setar cari waris dua bayi yang ditinggalkan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu, bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan lepas.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu, bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan lepas.

Pelindung Kanak-kanak Pejabat JKM Daerah Kota Setar Mohd Basharudin Samsudin berkata bayi perempuan itu dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 4 Jun lepas dan ibu kandungnya yang merupakan warganegara Laos menghilangkan diri selepas dua hari bayi itu dilahirkan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bayi lelaki itu ditinggal oleh seorang wanita dipercayai ibu bayi itu kepada sepasang suami isteri di hadapan stesen bas Shahab Perdana di sini pada 28 Julai lalu, katanya kepada pemberita semalam.

Bayi itu kini dijaga sementara oleh pasangan itu, katanya. Beliau berkata ibu bapa atau waris diberi tempoh sebulan untuk menuntut kedua-dua bayi itu sebelum JKM mengambil tindakan lanjut seperti menyerahkan mereka kepada keluarga pelihara yang difikirkan layak dan sesuai mengikut undang-undang.

Waris bayi berkenaan diminta menghubungi Mohd Basharudin atau Rosmini Meh di talian 04-7202370/7202351.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama