Shabery: Elaun atlet ditahan kerana masalah disiplin

Shabery: Elaun atlet ditahan kerana masalah disiplin

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek berkata elaun beberapa atlet kebangsaan ditahan kerana mereka mempunyai masalah disiplin.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek berkata elaun beberapa atlet kebangsaan, selain pelari pecut negara Norjannah Hafiszah Jamaluddin, ditahan kerana mereka mempunyai masalah disiplin.

“Itu antara hubungan mereka dengan MSN (Majlis Sukan Negara). Pihak MSN ada hujah mereka tertentu. Mereka (Atlet) ada masalah disiplin. Mereka mesti jawab isu disiplin itu dulu sebelum mereka persoalkan tentang hak mereka.

“Pihak MSN mengatakan mereka ada hak untuk mendapat kepatuhan dari segi disiplin para atletnya. Walaupun cemerlang dalam sukan, jika atlet tidak berdisiplin, mereka tidak membantu ke arah pembangunan sukan negara,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong berkata badan pentadbir sukan itu tidak pernah mengabaikan kebajikan atlet seperti yang didakwa Norjannah Hafiszah.

See also  GameOn Theme Park opens its largest indoor venue at Melawati Mall

Beliau berkata tindakan menarik balik elaun dan kemudahan terhadap pelari pecut negara itu diambil kerana atlet tersebut tidak hadir menjalani latihan sejak Jun lepas.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata Kementerian Belia dan Sukan akan menilai terlebih dahulu hujah Jawatankuasa Siasatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan empat panel lain sebelum memutuskan isu enam atlet olahraga yang tidak hadir ujian antidoping oleh Institut Sukan Negara hujung Mei lepas.

“Kita tidak mahu hal ini menimbulkan kesan tidak baik kepada sukan negara, dan saya akan dapatkan laporan daripada panel yang membuat siasatan berkenaan sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya ketika ditemui selepas majlis
penyampaian hadiah pusingan kelayakan kebangsaan CIMB Asia Pacific Classic Malaysia 2011 di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan semalam.

See also  Savvy @ Riana Dutamas: Redefining urban living

Atlet tersebut ialah Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohammad, Yee Ye Ling, Nurul Sarah Abd Kadir dan Norjannah Hafiszah serta atlet pecut 100m lelaki Mohammad Noor Imran A.Hadi.

Panel berkenaan, yang dipengerusikan Naib Presiden KOM R. Annamalai, mengambil masa enam jam bagi mendapatkan keterangan atlet terbabit.

– Bernama