Adik dakwa abang dipukul pegawai penjara

Adik dakwa abang dipukul pegawai penjara

Seorang peniaga mendakwa abangnya dipukul oleh beberapa orang pegawai penjara Alor Setar semasa dalam tahanan dalam satu insiden pada 2 Sept lepas dan dinafikan hak mendapat pemeriksaan perubatan.

Seorang peniaga mendakwa abangnya dipukul oleh beberapa orang pegawai penjara Alor Setar semasa dalam tahanan dalam satu insiden pada 2 Sept lepas dan dinafikan hak mendapat pemeriksaan perubatan.

Fadzillah Ahmad, 52, berkata abangnya Mohd Dzahir, 54, yang merupakan banduan akhir (menunggu hukuman dilaksanakan) dipukul dalam keadaan tangan digari dan ditiarapkan di markas Unit Khas Penjara (UKP) lebih setengah jam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Fadzillah berkata abangnya memberitahunya tentang kejadian itu semasa mengunjunginya untuk sambutan Aidilfitri kira-kira pukul 11 pagi 4 Sept. Beliau seterusnya membuat laporan polis.

Katanya, beliau berjumpa pengarah penjara Alor Setar, Amir Shariffuddin Abdul Majid pada sebelah petang hari sama yang berjanji menyiasat insiden itu namun beliau (Fadzillah) percaya tiada tindakan diambil.

Sementara itu, Bernama cuba mendapatkan pengesahan daripada Amir Shariffuddin, namun panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dijawab.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama