Inquiri nasional hak tanah orang asli: Sesi konsultasi and penghujahan awam

Inquiri nasional hak tanah orang asli: Sesi konsultasi and penghujahan awam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan siri konsultasi dan pengambilan penghujahan awam berkenaan Inquiri nasional mengenai hak tanah orang asli di lapan buah daerah di Sarawak 17 September 2011 hingga 30 September 2011.

Oleh Suhakam

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Seperti sesi-sesi yang diadakan di Sabah dan Semenanjung, Inkuiri Nasional ini akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara menyeluruh dari perspektif hak asasi manusia dan akan mengesyorkan langkah penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah tersebut.

Sesi konsultasi ini akan meliputi beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. (Rujuk Lampiran A untuk tarikh & tempat)

Orang awam yang ingin mengemukakan penghujahan mereka semasa siri konsultasi ini dinasihatkan membawa bersama bukti-bukti seperti geran/permohonan geran, gambar- gambar, peta dan surat-surat yang berkaitan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Marina Ibrahim swaps politics for Orang Asli community work

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Inkuri Nasional seperti di bawah; Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 03-26125600; Faks: 03-26125620