Majlis rumah terbuka Aidilfitri MBSA meriah

Majlis rumah terbuka Aidilfitri MBSA meriah

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini mengadakan rumah terbuka hari raya Aidilfitri bagi mengeratkan hubungan muhibbah dan silaturahim bersama orang ramai.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini mengadakan rumah terbuka hari raya Aidilfitri bagi mengeratkan hubungan muhibbah dan silaturahim bersama orang ramai.

Pegawai perhubungan awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sambutan ini merupakan aktiviti tahunan diadakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bertujuan meraikan orang ramai dan  ‘stakeholders’.

“Golongan (stakeholders) terdiri Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pemaju, perunding, kontraktor dan juga pihak NGO  yang berurusan  dianggarkan lebih 500 orang ramai menghadiri majlis tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata pihak MBSA juga telah menjemput kira-kira 100 anak yatim dan orang kurang berkemampuan sekitar Shah Alam.

Menurutnya, tema sambutan hari raya pada tahun ini ‘hari raya yang mampan’ di mana gerai yang ada menggunakan peralatan makanan dan minuman ‘mesra pengguna’ dan tidak menggunakan ‘polsterene’.

See also  Citizen's Journal extends warmest Deepavali wishes

“Sebanyak 21 gerai makanan dan minuman diuruskan kakitangan MBSA dengan pelbagai menu antaranya seperti ayam, kambing golek, mee rebus termasuk kuih raya tradisional dijamu kepada orang ramai.

“Majlis rumah terbuka ini merupakan platform terbaik pihak MBSA untuk mengeratkan lagi perpaduan dan juga keharmonian bersama di mana acara seperti ini akan diadakan setiap tahun,” katanya.