Dua lelaki yang segak berpakaian Melayu, kononnya mahu datang berhari raya di rumah “Makcik Jenab”, bertindak meragut seorang suri rumah yang sedang membersihkan laman rumahnya.
Kejadian 9.30 pagi di Sungai Koyan, dekat Raub itu mengakibatkan mangsa, 35, mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai leher dan seutas loketnya diragut dua lelaki terbabit
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Supt Nordin Mustapha, sebelum kejadian, mangsa melihat kedua-dua suspek melintasi rumahnya beberapa kali dengan sebuah motosikal.
“Suspek kemudian memberhentikan motosikal di depan rumah mangsa dan berpura-pura bertanyakan rumah “Makcik Jenab”, suspek beritahu dia dan rakannya hendak beraya di rumah “Makcik Jenab”,” katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30an itu kemudiannya bertindak meragut rantai leher mangsa.
“Berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa sebelum salah seorang suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang dari dalam baju Melayu yang dipakainya,” katanya.
Mangsa yang tergamam kemudiannya membiarkan suspek meragut rantainya sebelum kedua-dua mereka melarikan diri.
Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di balai polis Sungai Koyan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
– Bernama
POLIS-RAGUT
KONONNYA MAHU DATANG BERAYA, DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) — Dua lelaki yang segak berpakaian Melayu,
kononnya mahu datang berhari raya di rumah “Makcik Jenab”, bertindak meragut
seorang suri rumah yang sedang membersihkan laman rumahnya.
Ketika kejadian 9.30 pagi di Sungai Koyan, dekat Raub, itu mengakibatkan
mangsa, 35, mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai leher dan seutas loketnya
diragut dua lelaki terbabit.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang, Supt Nordin Mustapha, sebelum kejadian, mangsa melihat kedua-dua suspek
beberapa melintasi rumahnya dengan sebuah motosikal.
“Suspek kemudian memberhentikan motosikal di depan rumah mangsa dan
berpura-pura bertanyakan rumah “Makcik Jenab”, suspek beritahu dia dan rakannya
hendak beraya di rumah “Makcik Jenab”,” katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30an itu kemudiannya bertindak meragut
rantai leher mangsa.
— LAGI
POLIS-RAGUT 2 (AKHIR) KUANTAN
“Berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa sebelum salah seorang suspek
tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang dari dalam baju Melayu yang dipakainya,”
katanya.
Mangsa yang tergamam kemudiannya membiarkan suspek meragut rantainya sebelum
kedua-dua mereka melarikan diri.
Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di balai polis Sungai
Koyan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
QA MS AZH