‘Satu rumah, tiga pokok kelapa’ untuk menangani krisis kekurangan kelapa

‘Satu rumah, tiga pokok kelapa’ untuk menangani krisis kekurangan kelapa

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan kempen ‘Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa’ selepas sambutan Adilfitri ini bagi menangani masalah bekalan kelapa setiap kali musim perayaan.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan kempen ‘Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa’ selepas sambutan Adilfitri ini bagi menangani masalah bekalan kelapa setiap kali musim perayaan.

Pengerusinya Badruddin Amiruldin berkata Fama yakin jika kempen itu berjalan dengan baik, negara boleh mengurangkan import kelapa pada masa akan datang.

“Bukannya susah pun nak tanam pokok kelapa, hanya perlu letak sahaja di atas tanah dan ia akan tumbuh sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas PraSyawal peringkat negeri Kedah, hari ini.

Badruddin berkata demikian ketika mengulas krisis bekalan kelapa yang dihadapi negara baru-baru ini sehingga memaksa kerajaan mengimport enam juta biji kelapa bagi menampung permintaan yang tinggi menjelang Syawal.

See also  Green Sprout Innovation Challenge winners showcase sustainable solutions

Dalam perkembangan lain, Badruddin berkata pihaknya telah menghantar dua pegawai Fama ke setiap pasar tani di seluruh negara bagi memantau harga barang.

“Walaupun harga barang di semua pasar tani adalah lebih rendah iaitu 5 hingga 20 peratus berbanding yang dijual di tempat lain, tetapi kita tetap memantau kerana kita tidak mahu ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga
barang,” katanya.

Beliau berkata peniaga yang tidak patuh arahan itu boleh dikenakan tindakan tegas oleh Fama.

– Bernama