Rata-rata segelintir masyarakat di negara ini masih tidak peka terhadap sambutan kemerdekaan ke 54 yang jatuh pada Rabu minggu depan.
Kemungkinan antara faktor kurang kemeriahan sambutan kemerdekaan kerana bahang sambutan perayaan hari raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Pada bulan ini juga umat Islam dan rakyat di negara ini akan menyambut dua perayaan serentak.
Pengerusi rukun tetangga seksyen 3 Petaling Jaya, Shamsuddin Hassan berkata sewajarnya masyarakat merayakan sambutan kemerdekaan disambut setiap tahun.
Ditanya pertembungan sambutan hari raya dan kemerdekaan, menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan faktor sambutan perayaan serentak dilihat menjadi punca kurang semangat meraikan hari bersejarah tersebut.
“Kita hanya menyambut merdeka sekali dan perlu mengenang jasa orang lama bergolok bergadai mempertahankan tanahair negara.
Sementara itu, tinjauan Komunitikini sekitar Lembah Klang mendapati hanya beberapa bangunan kerajaan dan swasta seperti sekolah menggantung dan mengibarkan bendera di luar premis.
Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini adalah Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”