Pesakit Leukemia menanti saat terakhir

KLANG – Devakumar sedang melalui saat genting dan mungkin hanya mampu untuk meneruskan hidupnya untuk enam bulan lagi.

Pesakit leukemia, Devakumar, 21, menanti saat-saat terakhirnya dengan tabah walaupun hatinya sengsara memikul beban serta menanti hari terakhirnya.

Devakumar yang menghidap penyakit leukemia sejak dua tahun yang lalu, telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali di hospital Ampang dan dua kali di Hospital Klang.

Menurut doktor, Devakumar sedang melalui saat genting dan berkemungkinan hanya mampu untuk meneruskan hidupnya untuk enam bulan lagi.

Devakumar yang kelihatan tenang merasa sedih memikirkan nasib ibu tunggalnya yang juga seorang pesakit yang baru menjalani pembedahan buah pinggang.

Ibunya Veeraramasi,52, tidak mengetahui bahawa anaknya sedang menghadapi penyakit kritikal ini.

Beliau tekad memulihkannya dari penyakit ini dan akan berusaha untuk menyelesaikan segala  hutang pinjaman perumahannya yang tertunggak sejak dua tahun.

Devakumar yang kini di bawah pembiayaan Majlis Kanser Nasional(MAKNA) mendapat bantuan RM200 untuk bayaran bil-bil rawatannya.

Devakumar berharap ibunya akan menerima bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mengurangkan beban hidupnya kelak.

Rajeswari