JPJ Melaka tumpu rondaan di jalan-jalan utama

JPJ Melaka tumpu rondaan di jalan-jalan utama

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka akan menempatkan 142 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk membuat pemantauan dan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka akan menempatkan 142 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk membuat pemantauan dan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadzil Hassan berkata tumpuan utama rondaan ialah di jalan-jalan utama negeri dan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata JPJ Melaka telah menempatkan anggotanya di terminal bas Melaka Sentral untuk pemeriksaan rutin sebelum bas ekspres berlepas ke destinasi.

“Setiap bas sebelum berlepas akan diperiksa buku log pemandu, adanya pemandu kedua dan juga pemeriksaan tayar dan  teknikal di samping mengedarkan borang aduan kepada penumpang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat JPJ negeri Melaka di sini hari ini.

Kempen dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Ghazale Mohamad.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mohd Fadzil berkata operasi di bilik kawalan JPJ dibuka 24 jam dan boleh dihubungi menerusi talian 06-2328625.

– Bernama