UPP Perlis rampas tujuh bungkusan mercun

UPP Perlis rampas tujuh bungkusan mercun

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas tujuh bungkusan berisi mercun dan bunga api dalam kawasan semak di Stesen Kurantin Lama di Padang Besar, malam tadi.

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas tujuh bungkusan berisi mercun dan bunga api dalam kawasan semak di Stesen Kurantin Lama di Padang Besar, malam tadi.

Komander UPP Perlis DSP Zakaria Abdul Rahman berkata UPP juga menahan dua lelaki rakyat tempatan berumur 25 dan 39 tahun yang ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Hasil penahanan itu UPP menemui tujuh bungkusan mercun dan bunga api yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM2,500,” katanya di Kem UPP Padang Besar, malam tadi.

Katanya UPP kawasan Padang Besar membuat pemantauan di kawasan itu mulai pukul 9 malam tadi setelah mendapat maklumat awam dan terserempak dengan dua lelaki yang mencurigakan lalu menahan mereka.

Zakaria percaya mercun dan bunga api pelbagai jenis itu diseludup masuk melalui pagar keselamatan dan disimpan di kawasan itu sebelum dipasarkan terutama sekitar Perlis dan Kedah.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Katanya para penyeludup mengambil kesempatan untuk menyeludup mercun berikutan permintaan yang tinggi menjelang sambutan hari raya Aidil Fitri.

Kes itu telah diserah kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh  tahun atau denda sehingga RM10,000 atau
kedua-duanya sekali.

– Bernama