Agensi perladangan digesa naikkan gaji pekerja

Agensi perladangan digesa naikkan gaji pekerja

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berharap lebih banyak agensi-agensi perladangan dalam negara mengikut jejak langkah Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) meningkatkan gaji pekerja.

Gambar hiasan

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berharap lebih banyak agensi-agensi perladangan dalam negara mengikut jejak langkah Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) meningkatkan gaji pekerja.

Beliau berkata pihaknya berharap untuk berjumpa dengan semua agensi berkaitan yang bukan anggota Mapa, untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya rasa peringkat berikutnya ialah untuk meminta agensi-agensi yang bukan anggota Mapa untuk mengkaji semula sistem bayaran gaji mereka supaya ia selaras dengan apa yang diumumkan oleh Mapa,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya beliau tidak mempunyai angka sebenar agensi yang terlibat, namun menganggarkan jumlahnya cukup besar, kebanyakkannya terdiri daripada pengusaha-pengusaha kecil.

Mapa sebelum ini mengumumkan kenaikan gaji 10 peratus sehingga RM650 sebulan, di samping memperkenalkan skim pembayaran ganjaran khas/tambahan RM200 sebulan buat 157,270 pekerjanya.

Langkah itu menyaksikan pekerja Mapa menerima gani bulanan minimum RM850 mulai bulan depan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Subramaniam berkata pihak kementerian juga dijadualkan menemui Mapa tidak lama lagi untuk berbincang mengenai permohonan Mapa untuk mengecualikan sumbangan RM200 KWSP dan Perkeso.

Terdahulu Subramaniam yang merupakan Timbalan Presiden MIC merasmikan Persidangan pertama International Astrology Vasthu di sini.

– Bernama