Polis ambil keterangan Tony Pua berhubung gas pemedih mata

Polis ambil keterangan Tony Pua berhubung gas pemedih mata

Polis hari ini mengambil keterangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kejadian semburan gas pemedih mata dan meriam air di Hospital Tung Shin di sini pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Pua yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.45 pagi tadi berkata beliau memberikan keterangan mengenai apa yang dilihatnya pada hari kejadian.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Saya telah beri keterangan di mana ketika kejadian, saya berada di Chinese Maternity Hospital bersebelahan dengan Hospital Tung Shin,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan.

Dalam keterangannya, beliau mendakwa polis telah secara sengaja menyembur gas pemedih mata dan air ke arah orang ramai yang berkumpul di kawasan Hospital Tung Shin.

Anggota Parlimen itu berkata tiga individu lain yang berada bersamanya ketika kejadian juga akan diambil keterangan mereka oleh polis.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama