Seramai 8,000 ahli Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara telah berkumpul dan berpiket di Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka di atas tindak-tanduk pengurusan beberapa buah bank di negara ini.
Piket ini dinamakan Piket Daulat 6413, bersempena ulang tahun pertama pertemuan NUBE dengan perdana menteri pada 6 April tahun lalu.
Pekerja-pekerja bank tersebut mengemukakan sepuluh tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil.
Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, ketika bank menolak permintaan kenaikan 51 peratus gaji dalam tempoh tiga tahun sebagai “berlebihan”, pengurusan atasan sebaliknya menikmati kenaikan tahunan sebanyak 53 peratus.
Piket ini berlangsung di sepanjang Jalan Tun Perak, di mana pekerja-pekerja bank ini berkumpul di hadapan Menara Maybank pada pukul 2 petang dan berarak ke arah Menara UAB yang menempatkan Bank CIMB.
Piket tersebut bersurai pada jam 4 petang.
Ahli-ahli NUBE juga membawa pelbagai sepanduk, ada juga yang membawa gendang dan semboyan yang telah menggegar suasana Kuala Lumpur.
Di antara isu isu yang dibangkitkan adalah tentang bonus pekerja, menindas pelanggan bank, eksploitasi pekerja adalah di antara yang disebut.