Bonus untuk pejawat awam Negeri Terengganu dan Pahang

Bonus untuk pejawat awam Negeri Terengganu dan Pahang

Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut
langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di Kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu  pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

– Bernama