Kejadian tanah runtuh Cameron Highlands bukan disebabkan pembangunan

Kejadian tanah runtuh Cameron Highlands bukan disebabkan pembangunan

Laporan awal kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands tidak menunjukkan ia
berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah, kata Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob.

Sebaliknya, kata beliau kejadian yang meragut tujuh nyawa pada 7 Ogos lepas itu dikategorikan sebagai bencana alam.

“Saya difahamkan mengikut laporan awal, di atas bukit terjadi takungan air, oleh kerana air terlampau banyak, hujan lebat, akhirnya tanah runtuh.

“Saya pada mulanya ingatkan kerana pembangunan rupanya memang malapetaka alam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

See also  Toppled tree causes major damage in BU 11 Suburbia Park

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi parah.

Adnan berkata kerajaan negeri Pahang akan menyumbangkan bantuan berjumlah  RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia manakala RM3,000 kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Kerajaan bercadang menempatkan semula penduduk di kampung berkenaan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke kawasan yang tidak mempunyai risiko berlakunya tanah runtuh.

“Kita akan cuba memujuk keluarga-keluarga berkenaan untuk kita adakan penempatan semula, namun psikologi dan budaya saudara kita Orang Asli ini, mereka agak sukar untuk pindah.

“Kita akan tengok ikut kesesuaian, kalau tidak, kita cari kawasan sama yang tidak ada ancaman tanah runtuh pada masa depan,” katanya.

See also  Toppled tree causes major damage in BU 11 Suburbia Park

– Bernama