Toyota Harrier milik Ketua Umno bahagian Merbok dipecah masuk

Toyota Harrier milik Ketua Umno bahagian Merbok dipecah masuk

Ketua Umno Bahagian Merbok, Tajul Urus Md Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights pagi ini.

Tajul Urus

Ketua Umno Bahagian Merbok, Tajul Urus Md Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights pagi ini.

Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan Ipad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu.

Toyota Harrier

Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.

“Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.

“Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Tajul Urus berkata kejadian sebegitu adalah kali ketiga berlaku kepada keluarganya kerana sebelum ini cermin kereta milik dua anaknya pernah dipecah pencuri yang masing-masing mengakibatkan kehilangan sebuah komputer riba serta beg pakaian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

– Bernama