Firely kembali dengan pakej jaminan pulangan wang

Firely kembali dengan pakej jaminan pulangan wang

Syarikat penerbangan komuniti Firefly menawarkan para pengembara pakej pengembaraan dalam talian “Best-est Deals”
mulai 8 hingga 14 Ogos, 2011 untuk perjalanan antara 15 Ogos, 2011 dan 27 Okt, 2012.

Syarikat penerbangan komuniti Firefly menawarkan para pengembara pakej pengembaraan dalam talian “Best-est Deals”
mulai 8 hingga 14 Ogos, 2011 untuk perjalanan antara 15 Ogos, 2011 dan 27 Okt, 2012.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Angelina C. Fernandez berkata : “Ini adalah tawaran yang terbaik dengan pakej jaminan pulangan wang dari serendah RM269 untuk penginapan tiga hari/dua malam di Langkawi.

Destinasi lain ialah di Kota Kinabalu dari RM289, Phuket dari RM339 dan Koh Samui dari RM599.

“Pakej-pakej ini termasuk tiket pergi/balik dengan cukai dan surcaj lapangan terbang serta penginapan hotel “twin sharing”. Ia sah hanya untuk belian dalam talian terpilih yang dibuat di www.fireflyholiday.com.

See also  Batik Air launches new routes to Bintulu, Miri, and Sandakan

“Katalah jika penguna membeli pakej serupa yang sama pada harga rendah dari Pameran Pengembaraan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur antara 12 dan 14 Ogos, mereka boleh emel kepada kami di [email protected] dengan bukti belian dan kami akan memulangkan semula pembayaran yang dibuat,” kata
Fernandez dalam satu kenyataan hari ini.

FireFly pertama kali memulakan pakej jaminan pulangan wang pada Mac bersempena dengan Pameran MATTA.

“Jualan kami pada masa itu melebihi RM1 juta. Destinasi jualan paling popular ialah Kota Kinabalu dan Langkawi.

“Kali ini, kami menjangka pulangan lebih baik,” kata Fernandez.

– Bernama