Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Buntung Ria, Menglembu, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pukul 6 petang semalam di sebuah kedai runcit di Laluan Sungai Pari 4, Buntung.
“Lelaki ini adalah suspek utama kes bunuh tersebut dan dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dzuraidi berkata polis kini menjejaki seorang lagi suspek. Dalam kejadian 2.10 pagi semalam itu, Looi Kim Loong, 67, yang juga seorang peniaga, ditemui mati dengan kesan tikamanĀ di leher di dalam sebuah bilik, di rumahnya di Taman Buntung Ria.
Mayat Looi ditemui isteri dan anak lelakinya yang tidur di dalam bilik lain di rumah terbabit, yang bangun selepas mendengar bunyi bising.
Polis yang menemui sebilah pisau dan gunting di tempat kejadian percaya kes bermotifkan samun.
– Bernama