Kempen ‘Ramadan yang Mampan’ didik peniaga mesra alam

Kempen ‘Ramadan yang Mampan’ didik peniaga mesra alam

Peniaga bazar Ramadan dinasihatkan supaya mengitar semula, menggurangkan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan dan juga mengumpul minyak masak, ujar Pengarah komunikasi dan pengaduan awam MPK, Norfiza Mahfiz.

Bagi menyahut kempen ‘Ramadan yang Mampan’, Majlis Perbandaran Klang telah melancarkannya di bazar Ramadan Taman Seri Andalas baru-baru ini.

Pengarah komunikasi dan pengaduan awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata dalam majlis pelancaran tersebut, peniaga dinasihatkan supaya mengitar semula, menggurangkan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan dan juga mengumpul minyak masak.

“Usaha pendidikan serta kesedaran kepada para peniaga dan pengunjung ini akan membantu mengurangkan kesan pencemaran dan aspek kebersihan kepada alam sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri, Elizabeth Wong.

Hadir sama, ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar serta Pengarah pelesenan dan penjaja MPK, Azhar Samsudin.

See also  Join the heart health movement with NESTLÉ OMEGA PLUS®

Mengulas lanjut, Norliza berkata selepas majlis pelancaran itu, kedua-dua ADUN itu turut mengadakan kunjungan dari gerai ke gerai sambil beramah mesra serta menyampaikan cenderamata kepada peniaga.

“Mereka juga diberikan penerangan serba sedikit mengenai program ‘Ramadan yang Mampan’ serta kerjasama yang boleh mereka berikan kepada MPK dalam menjayakan iltizam alam sekitar yang murni ini,” katanya.