JPJ mulakan pemeriksaan bas 15 Ogos

JPJ mulakan pemeriksaan bas 15 Ogos

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan operasi pemeriksaan bas eskpres dan bas tambahan yang akan digunakan sepanjang musim perayaan mulai 15 Ogos ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan operasi pemeriksaan bas eskpres dan bas tambahan yang akan digunakan sepanjang musim perayaan mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah JPJ Solah Mat Hassan berkata operasi itu akan dilaksanakan selama sebulan bagi memastikan kenderaan itu berkeadaan baik untuk membawa penumpang pulang berhari raya.

“Dengan jumlah tenaga seramai 3,500 orang kakitangan, operasi itu akan dilaksanakan selama sebulan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Khas di Pulau Redang hari ini.

Pada majlis itu, 33 penduduk warga emas Pulau Redang menerima lesen memandu motosikal masing-masing.
Solah berkata JPJ akan memberi perhatian terhadap soal keselamatan brek dan tayar bas yang merupakan komponen paling penting dalam soal keselamatan bas ekspres.
– Bernama

See also  Kuching Stage Bus Service brings accessible transport