Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi.

Pengarah pemasarannya, Jason Lim berkata ia sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikatnya menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.
“Mereka juga dihidangkan dengan set makanan disediakan khusus sempena promosi bulan Ramadan,” katanya ditemui Komunitikini selepas meraikan kakitangan di salah sebuah cawangan restoran tersebut yang terletak di Damansara.

Menurutnya menu istimewa itu merangkumi 2 ketul ayam Bonafide, 1 mangkuk nasi beserta ikan, kentang putar dan beberapa lagi makanan sampingan yang pastinya membangkitkan selera.
” Pihak kami turut melancarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan terutama ketika waktu berbuka puasa.
“Kami mempunyai enam cawangan di Sunway Pyramid, Taman Tun Dr Ismail ( TTDI), Mid Valley Bangsar, e@Curve Mutiara Damansara, Wangsa Walk Mall Wangsa Maju dan The Mines Seri Kembangan,” katanya.
Selain itu, pelanggan boleh menghubungi 1-300-300-333 atau melayari www.facebook.com/PopeyesMalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.









