JPJ akan pantau jalan maut pada Adilfitri dengan 5,300 pegawai

JPJ akan pantau jalan maut pada Adilfitri dengan 5,300 pegawai

Seramai 5,300 pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikerah mengawasi jalan-jalan yang
berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara semasa musim cuti sempena sambutan Adilfitri bulan depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan berkata berikutan pertambahan bilangan kenderaan yang berada di jalan pada musim perayaan, maka JPJ akan mengadakan Ops Raya Adilfitri dari 14 Ogos hingga 14 Sept ini.

Katanya tumpuan pengawasan akan diberikan terhadap jalan yang dikenal pasti banyak berlaku kemalangan terutama kemalangan maut.

“Pengawasan JPJ termasuk di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Muazam Shah-Seremban, Kuala Terengganu-Kuantan dan Jabor-Kuala Berang,” katanya kepada pemberita selepas menutup program ‘Satu Komuniti Satu JPJ’ di Kampung Gaal, di
sini, hari ini.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety

Solah berkata penguatkuasaan itu adalah wajar kerana sepanjang tempoh perayaan tahun lepas, seramai 6,872 orang terkorban dan angka itu boleh bertambah berasaskan peningkatan satu juta kenderaan pada tahun ini.

Menurutnya kehadiran anggota penguatkuasa JPJ di lokasi bahaya selama 24 jam itu juga boleh memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati semasa memandu.

“Walaupun sekatan jalan raya tidak dibenarkan untuk mengelak kesesakan dalam tempoh itu, pengguna akan dipantau supaya mereka sentiasa memandu secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata kenderaan berat seperti lori juga tidak akan dibenarkan berada di jalan raya tiga hari sebelum dan tiga hari selepas Hari Raya bagi mengelak kesesakan.

Pada majlis itu, Solah menyampaikan lesen kelas B2 (motosikal) kepada 262 warga emas dan penduduk Jajahan Pasir Puteh yang tamat latihan selama tiga minggu.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety

– Bernama