Masalah jerebu di Malaysia kian tenat

KLANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menasihatkan supaya semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup.

Keadaan alam sekitar kini amat merungsingkan. Jerebu semakin tenat dan kelihatan menyelubungi  kawasan-kawasan di sekitar Klang, Petaling Jaya, Subang di Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Berikutan daripada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar G Palanivel mengumumkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menasihatkan supaya semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup.

Ramai yang sudah mula merungut, bimbang kesihatan mereka kerana mengalamikesesakan bernafas, kepedihan mata, batuk-batuk, selsema, pening, sakit kepala, demam, sakit tekak dan sebagainya.

Orang ramai tertanya-tanya sehingga bilakah keadaan ini akan berlanjutan, kerana mutu udara kian merosot.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

See also  Volunteers unite for largest Earth Day cleanup in Penang

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah.

Rajeswari