Tahap kesedaran rendah punca mudah ditipu sindiket siber

Tahap kesedaran rendah punca mudah ditipu sindiket siber

Tahap kesedaran rendah antara faktor masyarakat di negara ini mudah ditipu sindiket siber, kata Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Wira Syed Ismail Syed Azizan.

Tahap kesedaran rendah antara faktor masyarakat di negara ini mudah ditipu sindiket siber, kata Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Wira Syed Ismail Syed Azizan.

Katanya jenayah siber dalam negara didapati meningkat melebihi 100 peratus sejak tahun 2005.

“Penggunaan komputer dan telefon bimbit memudahkan operasi sindiket untuk menipu orang ramai,” katanya pada sidang media selepas tamat perbarisan latihan kursus asas oleh 299 konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Kursus itu berlangsung selama enam bulan.

Dalam ucapannya sebelum itu, Syed Ismail berkata Pulapol Langkawi mencatat sejarah kerana seramai 299 anggota yang tamat latihan adalah kumpulan pertama dilahirkannya.

See also  SFT 2024: AI Recycling App secures victory for Johor students

Katanya beliau berharap kumpulan itu akan bertugas dengan penuh dedikasi dan menjauhi gejala tidak sihat seperti rasuah dan salah guna kuasa.

– Bernama