Empat jalan sekitar Stadium Darul Aman ditutup bermula Khamis

Empat jalan sekitar Stadium Darul Aman ditutup bermula Khamis

Empat jalan di sekitar Stadium Darul Aman di sini ditutup selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu ini sempena
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan keenam 2011 pada Jumaat hingga Sabtu.

Empat jalan di sekitar Stadium Darul Aman di sini ditutup selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu ini sempena
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan keenam 2011 pada Jumaat hingga  Sabtu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar Supt Mohd Sham Abdullah berkata jalan-jalan yang ditutup ialah persimpangan lampu isyarat Jalan Sultanah hingga Jalan Bakar Bata, Jalan Tun Razak (bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Alor Semadom), persimpangan lampu isyarat Kompleks Pendidikan (Jalan Stadium) dan Lebuhraya Darulaman dari arah Anak Bukit ke Pusat Bandar.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Laluan dari Pusat Bandar ke Anak Bukit Lebuhraya Darulaman dibuka  seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata jalan-jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 7 pagi  Khamis hingga pukul 12 tengah malam Sabtu.

“Jika tidak sempat untuk membuka semula jalan pada 12 tengah malam Sabtu,  kita akan lanjutkan hingga pukul 7 pagi hari berikutnya,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mohd Sham berkata beliau meminta pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk ke Pusat Bandar.

“Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas-petugas trafik yang berada di semua jalan yang ditutup,” katanya.

– Bernama