Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara mencatatkan paras sederhana pada sebelah pagi ini, lapor Jabatan
Alam Sekitar (JAS).
JAS menerusi laman webnya berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga 7 pagi tadi menunjukkan 27 kawasan mencatatkn IPU sederhana dan 24 dengan bacaan IPU sihat.
Antara kawasan IPU sederhana ialah Seri Manjung, Perak (88), Kuala Selangor (81) dan Bukit Rambai, Melaka (63), manakala yang mempunyai IPU sihat pula termasuk Sri Aman (19), Alor Setar (21) dan Kangar (29).
– Bernama