UTeM jadi pusat tumpuan sukan berbasikal

UTeM jadi pusat tumpuan sukan berbasikal

Kementerian Pengajian Tinggi memilih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai Pusat Tumpuan Sukan Berbasikal (PTSB) bagi institusi pengajian tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi memilih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai Pusat Tumpuan Sukan
Berbasikal (PTSB) bagi institusi pengajian tinggi.

Naib Canselor UTeM Prof Ahmad Yusoff Hassan berkata sebagai PTSB, UTeM akan menjadi pusat latihan bagi pelumba basikal dari semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

UTeM kini mempunyai beberapa kemudahan untuk sukan berbasikal termasuk trek sepanjang tujuh kilometer dalam kampus, katanya dalam ucapan perasmian kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (Sukum) ke-36 oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Ir Ahmad Zaidee Laidin di universiti itu malam tadi.

Teks ucapan Ahmad Yusoff dibacakan oleh Timbalannya Prof Mohamad Kadim Suaidi.

Mengenai penganjuran Sukum, Ahmad Yusoff berkata kejohanan itu bertujuan  menggalakkan para petugas mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, ke arah meningkatkan produktiviti universiti.

See also  Youth-led initiative raises over RM21,000 for vulnerable children

Katanya sukan boleh membentuk staf berperibadian mulia dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Temasya Sukum, yang berlangsung dari Jumaat lepas hingga Ahad ini disertai 20 universiti awam dan satu kontinjen Kementerian Pengajian Tinggi.

– Bernama