Jangan harap kepada polis tangani mat rempit

Jangan harap kepada polis tangani mat rempit

Mengharapkan polis semata-mata menangani gejala Mat Rempit merupakan antara penyebab gejala itu belum dapat ditangani dengan berkesan, kata Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Ismail Man.

Mengharapkan polis semata-mata  menangani gejala Mat Rempit merupakan antara penyebab gejala itu belum dapat
ditangani dengan berkesan, kata Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Ismail Man.

“Ibu bapa juga perlu memberi kerjasama kepada polis. Sekiranya kami menahan anak mereka kerana kesalahan yang dilakukan, mereka tidak seharusnya cepat melenting dan menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.

Ismail berkata sesetengah anggota masyarakat sekarang seolah-olah memberi sokongan kepada Mat Rempit dengan menonton aksi mereka.

Pada tahun ini 12 tangkapan dilakukan membabitkan kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan di bawah pengaruh dadah berbanding 76 tangkapan sepanjang tahun lepas, katanya.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety