‘WargaAMAN’ menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0

‘WargaAMAN’ menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0

KENYATAAN: WargaAMAN, sebuah jawatankuasa pemandu yang dianggotai oleh 50 NGO India Malaysia, menyokong penuh perhimpunan Aman Rakyat Bersih 2.0 dan akan menghantar lebih 30,000 ahlinya menyertai perhimpunan ini.

Oleh Gobi Krishnan – Timbalan Pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia

WargaAMAN, sebuah jawatankuasa pemandu yang dianggotai oleh 50 NGO India Malaysia, menyokong penuh perhimpunan Aman Rakyat Bersih 2.0 dan akan menghantar lebih 30,000 ahlinya menyertai perhimpunan ini.

WargaAMAN ingin menyeru pihak polis dan kerajaan supaya menghormati titah perintah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dengan membenarkan perhimpunan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan aman dan teratur.

Kami turut ingin menasihatkan pihak polis supaya menghentikan segala jenis gangguan dan tangkapan terhadap rakyat jelata yang menyokong Bersih 2.0.

Kami juga ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap Tun Abdullah Badawi, negarawan ulung, kerana memberi sokongan dan membantu Bersih 2.0. Sifat terpuji beliau ini haruslah menjadi contoh kepada pihak lain.

See also  Human Rights Day forum advocates ethical business practices

Kami juga sependapat dengan Tun Mahathir bahawa sikap kejam Kerajaan terhadap rakyat jelata yang menyokong Bersih 2.0 akan menyebabkan majoriti rakyat tidak mengundi Kerajaan sekarang pada pilihanraya akan datang.

Bersih 2.0 adalah sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh lebih 62 NGO berdaftar, maka perhimpunan Bersih 2.0 adalah sah dari segi undang-undang. Lebih-lebih lagi, Bersih 2.0 telah diiktiraf oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Ketua Polis Negara yang telah mengadakan perjumpaan bersama mereka.

Maka, kami menyokong penuh perhimpunan aman rakyat Bersih 2.0 dan menyeru rakyat jelata supaya turun beramai-ramai ke perhimpunan ini. Suara Rakyat Suara Mutlak!