Aktiviti sukan bentuk kemahiran berpasukan

Aktiviti sukan bentuk kemahiran berpasukan

Sukan di kalangan pelajar sangat penting terutama dalam membentuk pelbagai kemahiran antaranya semangat berpasukan, komunikasi dan kerjasama dalam sesuatu perkara yang disertai.

Sukan di kalangan pelajar sangat penting terutama dalam membentuk pelbagai kemahiran antaranya semangat berpasukan, komunikasi dan kerjasama dalam sesuatu perkara yang disertai.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda, Ir Kamaruzzaman Johari berkata jika elemen itu diabaikan,ia bakal memberi kesan antaranya mereka gagal untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar kelak.

Menurutnya penglibatan pelajar juga memerlukan sokongan semua pihak terutama ibu bapa dan guru serta mereka perlu yakin dalam hal itu kerana sukan boleh membentuk keperibadian para pelajar nanti.

“Kegiatan seperti ini memerlukan komitmen dan rasa komited guru serta pelajar dan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya.

“Malah saya berbangga kerana pihak sekolah juga sentiasa mengutamakan pencapaian sukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang aktif dan cergas,” katanya.

See also  SFT 2024: AI Recycling App secures victory for Johor students

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sukan balapan Sekolah Menengah Jalan Kebun ( SMK) Jalan Kebun baru-baru ini.

Hadir sama Pengetua, Nor Akmal Ismail,Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Basir Ibrahim, ibu bapa dan tetamu jemputan yang lain.

Kamaruzzaman berkata pada masa yang sama,sukan juga mampu membentuk pelajar yang mempunyai jatidiri dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam sesuatu bidang.

Menurutnya, pelajar juga perlu digalakkan mengembangkan bakat dan potensi diri melalui aktiviti sukan kerana ia mampu menjadi elemen tambahan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak.