PKNS KSR muncul juara kejohanan futsal Selangor

PKNS KSR muncul juara kejohanan futsal Selangor

Pasukan itu mengalahkan wakil Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), PEBT Zon 21 pada perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan tetamu jemputan yang lain.

Wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), PKNS KSR muncul juara dalam Grand Final Jelajah Futsal Selangor yang diadakan di di Real Sports Arena, di sini.

Pasukan itu mengalahkan wakil Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), PEBT Zon 21 pada perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan tetamu jemputan yang lain.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata majlis berbangga kerana telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi kejohanan yang disertai oleh 37 pasukan itu.

“MPK sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam setiap aktiviti sukan melibatkan golongan muda khususnya di kawasan ini.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

“Malah sukan ini (futsal) kini semakin mendapat perhatian kerana permainan itu agak santai dan mudah dimainkan serta kemudahan gelanggang yang ada khususnya di kawasan ini,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sementara itu, MBPJ juga menggungguli kategori wanita apabila dua pasukannya bertemu pada peringkat akhir dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM 3000, piala dan hamper.

Bagi kategori lelaki, pasukan yang muncul juara membawa pulang wang sebanyak RM 5000,naib juara pula RM 3000 dan RM 1000 untuk tempat ketiga.