Jualan tiket Liverpool terlaris berbanding Arsenal dan Chelsea

Jualan tiket Liverpool terlaris berbanding Arsenal dan Chelsea

Jualan tiket pada minggu lalu menyaksikan 48,000 tiket Liverpool sudah pun dijual sementara 35,000 bagi perlawanan Arsenal dan hampir 30,000 bagi perlawanan Chelsea berjaya dijual, ujar Pengarah urusan ProEvents International Sdn Bhd, San Boon Wah.

Penjualan tiket Liverpool ‘tour’ di Malaysia pada 16 Julai adalah yang terlaris berbanding dua kelab lagi yang bakal bertandang ke negara ini iaitu pasukan Arsenal dan Chelsea.

Pengarah Urusan ProEvents International Sdn Bhd, San Boon Wah berkata jualan tiket pada minggu lalu menyaksikan 48,000 tiket Liverpool sudah pun dijual sementara 35,000 bagi perlawanan Arsenal dan hampir 30,000 bagi perlawanan Chelsea berjaya dijual.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kami mensasarkan 63,000 tiket dapat dijual bairpun kapasiti sebenar stadium boleh melebihi sehingga 83,000 penonton,” katanya dihubungi Komunitikini, tengahari tadi.

Terdahulu, Pada 7 April kelab gergasi liga perdana Inggeris mengumumkan akan mengadakan siri jelajah perlawanan persahabatan dengan Malaysia, China dan Korea di laman web www.liverpoolfc.tv.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sementara itu, pasukan The Blues pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008.

FAM masih lagi meneruskan usaha mengatur perlawanan persahabatan berkelas A biarpun sebelum ini berkesudahan dengan Harimau Malaya hanya akan menentang pasukan berstatus kelab iaitu FC Etoile dari Liga Singapura.